Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Januari 2021 pada 5 Januari 2021 (Selasa) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin. Seramai 31 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.

Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyediakan Garis Panduan Pelajar Pasca Siswazah bagi Mod Penyelidikan untuk Menjalankan Aktiviti Penyelidikan di UPNM selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini berlangsung untuk rujukan dan tindakan tuan/ puan selanjutnya.

 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang GERAK yang boleh dicapai menerusi pautan https://bit.ly/3eodccO

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Mac 2020 pada 2 Mac 2020 (Isnin) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin. Seramai 50 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.

 

Pengurusan Universiti, Dekan/Pusat Pengajian dan Timbalan Dekan/Pusat Pengajian serta Penyelia Utama pelajar turut hadir pada hari tersebut. Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Brig Jen Prof. Ir Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), Pemangku tugas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah. 

Pada 4 September 2018. sesi pendaftaran pelajar baharu untuk program mod penyelidikan telah diadakan. Seramai 10 orang pelajar untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah telah hadir. Sesi pendaftaran dimulakan pada pukul 10 pagi dengan taklimat kemasukan yang disampaikan oleh Timbalan Dekan PPS, Prof Dr Risby bin Sohaimi. Seterusnya, urusan pendaftaran diteruskan dengan hal-hal pentadbiran.

 

 

 

 

Application for research programme is open throughout the year.

Subcategories

Page 2 of 3