Pada 4 September 2018. sesi pendaftaran pelajar baharu untuk program mod penyelidikan telah diadakan. Seramai 10 orang pelajar untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah telah hadir. Sesi pendaftaran dimulakan pada pukul 10 pagi dengan taklimat kemasukan yang disampaikan oleh Timbalan Dekan PPS, Prof Dr Risby bin Sohaimi. Seterusnya, urusan pendaftaran diteruskan dengan hal-hal pentadbiran.