Mesyuarat Penilaian Program Pascasiswazah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) telah diadakan pada 18 September 2018. Sesi penilaian ini dibuat sebagai persediaan bagi menghadapi audit pematuhan oleh pihak MQA pada akhir tahun ini. Dua (2) orang Panel Penasihat Industri (IAP) telah dijemput iaitu Prof Dato Dr Nasir bin Hj Saludin dari KUPTM dan Prof Madya Dr Kuik Cheng Chwee dari UKM. Pelbagai pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan program pascasiswazah UPNM telah dikemukan oleh kedua-dua panel tersebut.