SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Penyelidikan)
Permohonan untuk program pengajian siswazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
A. Program Sarjana
i. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK minimum 2.75, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
ii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
iii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK tidak mencapai 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau
iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan
v. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.
B. Program Doktor Falsafah
i. Ijazah sarjana dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
ii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan ijazah sarjana;dan
iii. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Kerja Kursus)
i. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK minimum 2.50, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau
ii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK tidak mencapai 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
iii. Kelayakan lain yang setara dengan ijazah sarjana muda yang diktiraf oleh Senat; atau
iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); dan
v. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.