Pusat Pengajian Siswazah pada asalnya ditubuhkan pada bulan Mei 2008 dengan nama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Siswazah (PPPS). PPPS pada masa tersebut bertanggungjawab mengurus semua aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh staf akademik Universiti dan juga berperanan menguruskan permohonan pengajian peringkat siswazah iaitu Sarjana dan Doktor Falsafah. Walau bagaimanapun, melalui penstrukturan semula pejabat PPPS pada Jun 2010, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang sedia ada beroperasi di bawah satu pusat, telah diasingkan kepada dua entiti berbeza. Pusat Pengajian Siswazah hanya memfokus kepada pengajian siswazah iaitu peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah sahaja.