Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
Dilampirkan hebahan berhubung urusan pentadbiran pelajar siswazah di Pusat Pengajian Siswazah UPNM susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

 

Sekiranya terdapat pertanyaan, mohon untuk menghubungi PPS melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Helpdesk PPS melalui aplikasi mudah alih Telegram (join link : https://bit.ly/3lD7iYG 

 

Segala kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Surat Pemakluman - Tatacara pendaftaran Sarjana Mod Kerja Kursus

 

FLOW CHART REGISTRATION PROCESS (Mod Kerja Kursus)

 

SOP PKP KL SELANGOR PENANG MELAKA JOHOR SABAH

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
 
Dilampirkan hebahan berhubung urusan pentadbiran pelajar siswazah di Pusat Pengajian Siswazah UPNM susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya. Harap maklum.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Januari 2021 pada 5 Januari 2021 (Selasa) bertempat di Bilik Sipadan, Pusat Marin. Seramai 31 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.

Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Khairul Anuar bin Zainudin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah.