SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Penyelidikan)


Permohonan untuk program pengajian siswazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.


A. Program Sarjana

i. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK minimum 2.75, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau

ii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau

iii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK tidak mencapai 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau

iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) atau Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL); dan

v. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.




B. Program Doktor Falsafah

i. Ijazah sarjana dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau

ii. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat sebagai setaraf dengan ijazah sarjana;dan

iii. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.

 

SYARAT KELAYAKAN MASUK (Mod Kerja Kursus)

i. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK minimum 2.50, dari UPNM atau mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Senat; atau

ii. Ijazah sarjana muda atau setaraf dengan PNGK tidak mencapai 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau

iii. Kelayakan lain yang setara dengan ijazah sarjana muda yang diktiraf oleh Senat; atau

iv. Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat yang diperolehi melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); dan

v. Keperluan-keperluan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh program yang mana berkenaan.